Bengkel Tiny Techies Microbit

17 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2025, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau telah menjalankan Bengkel Tiny Techies Microbit yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Bengkel ini bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Kursus ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang topik-topik dalam Microbit. Kursus ini dapat memberi pendedahan teknologi dan pengaturcaraan menggunakan microbit, sebuah komputer kecil yang mudah digunakan kepada pelajar sekolah. Dalam kelas ini, pelajar akan mempelajari asas pengaturcaraan, membina projek interaktif dan memahami konsep elektronik.

Selain itu, peserta perlu membuat ulangkaji bersama team Future Skills For All dan menyiapkan tugasan dan kuiz yang diberikan. Kursus ini sangat memberi manfaat dan pelajaran untuk para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali